Bagi menampung permintaan serta sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat sekeliling, Jawatankuasa Pengelola SRI Al Amin sedang berusaha mendirikan sebuah bangunan kekal diatas tapak yang akan dibeli .
Jadual kasar perlaksanaan projek pembangunan ini bagi fasa yang pertama adalah seperti berikut:
| Pembelian Tanah | Julai 2008 (Tuan punya tanah izinkan pembinaan bangunan) |
Perundingan Arkitek | September 2008 |
| Kelulusan MDD | Nov 2008 |
| Kerja-kerja Tapak Asas | Jan 2009 |
| Konkrit Lantai Bawah | Feb 2009 |
| Pembinaan Tiang (Tingkat Bawah) | Mac 2009 |
| Penyediaan Tee & Formwork | Mei 2009 |
| Penyediaan Kerangka Atap | Julai 2009 |
| Kerja Pendawaian Elektrik | Ogos 2009 |
| Penyediaan Sistem Paip Air | Oktober 2009 |
| Kemasan Akhir | November 2009 |
| Penerimaan CF | Disember 2009 |
ANGGARAN KOS
Anggaran kos yang diperlukan bagi membiayai perlaksanaan keseluruhan projek Fasa 1 pembinaan SRI Al Amin adalah seperti berikut :
Tapak sekolah RM 40,000.00
Pembinaan Bangunan RM 300,000.00
Peralatan Sekolah RM 100,000.00
Lain-lain RM 60,000.00
Sumbangan dari orang ramai sangat diperlukan untuk menjayakannya.
No comments:
Post a Comment