Monday, February 16, 2009

JOM ke Malam Amal SRIAAD!


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun (SRIAAD)


menganjurkan

MALAM AMAL SRIAAD

RAYUAN DANA UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN BARU.

di
Dewan Aspirasi,Uitm Dungun

pada
13 Mac 2009 ( Jumaat )

masa
8.00 pm - 11.00 pm

Harga Meja
RM 2000.00
dan
RM1000.00

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat SRIAAD, 09-8484 742
atau 019-9345 401

Puan Nazilah Mohamad
SU PIBG SRIAAD
Guru Besar SRIAAD
019-9345 401

Suasana pembelajaran di SRIAAD terus berjalan seperti biasa..

Guru Besar SRIAAD ( dua dari kanan) bersama guru guru sedang berbincang sesuatu



Tempat ini digunakan sebagai kantin sementara, kerana kantin lama telah dirobohkan untuk membina bangunan baru.


Anak anak Al Amin Dungun ketika waktu rehat.


Bangunan Baru SRIAAD dalam pembinaan...

Assalamualaikum..

Bangunan baru SRIAAD kini dalam proses pembinaan..







Kerja kerja pembinaan kini dalam fasa 1. Sumbangan dari para dermawan amat diperlukan untuk memastikan bangunan ini dapat digunakan pada sesi akan datang, Insyaallah..

Wednesday, February 11, 2009

PROJEK PEMBANGUNAN BANGUNAN BARU - 2009

Bagi menampung permintaan serta sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat sekeliling, Jawatankuasa Pengelola SRI Al Amin sedang berusaha mendirikan sebuah bangunan kekal diatas tapak yang akan dibeli .


Jadual kasar perlaksanaan projek pembangunan ini bagi fasa yang pertama adalah seperti berikut:


Pembelian Tanah

Julai 2008 (Tuan punya tanah izinkan pembinaan bangunan)

Perundingan Arkitek

September 2008

Kelulusan MDD

Nov 2008

Kerja-kerja Tapak Asas

Jan 2009

Konkrit Lantai Bawah

Feb 2009

Pembinaan Tiang (Tingkat Bawah)

Mac 2009

Penyediaan Tee & Formwork

Mei 2009

Penyediaan Kerangka Atap

Julai 2009

Kerja Pendawaian Elektrik

Ogos 2009

Penyediaan Sistem Paip Air

Oktober 2009

Kemasan Akhir

November 2009

Penerimaan CF

Disember 2009


ANGGARAN KOS


Anggaran kos yang diperlukan bagi membiayai perlaksanaan keseluruhan projek Fasa 1 pembinaan SRI Al Amin adalah seperti berikut :


Tapak sekolah RM 40,000.00

Pembinaan Bangunan RM 300,000.00

Peralatan Sekolah RM 100,000.00

Lain-lain RM 60,000.00


JUMLAH RM 500,000.00

Sumbangan dari orang ramai sangat diperlukan untuk menjayakannya.



Sekolah Rendah Islam Al Amin Dungun..Satu Pengenalan.

MUKADDIMAH.

SRI Al Amin Dungun adalah dibawah pengendalian MUSLEH bersama 34 buah SRI dan SMI diseluruh Malaysia.

MUSLEH – Pusat Pendidikan SRI SMI Bhd adalah sebuah syarikat berhad yang tidak berorientasikan keuntungan berjalan untuk melaksanakan misinya, “ memperkasakan system pendidikan Islam peringkat rendah dan menengah untuk menjana generasi rabbani melalui pendekatan holistik dan pengurusan professional.”

MUSLEH diterajui oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pembangunan sosial.

SRI dan SMI juga berjalan dengan semangat kerjasama dan saling melengkapi melalui Majlis Guru Besar (MGB) yang telah menjuruskan kepada perjalanan harian sekolah.


SEJARAH RINGKAS SRIAAD

Setelah berjaya menubuhkan SRI Al Amin Kemaman di Cukai pada 1hb Disember 1994 yang mendapat kelulusan pendaftaran Kementerian Pendidikan Malaysia, JIM Terengganu telah membuka tiga lagi SRI Al Amin di Kerteh, Dungun dan Kuala Terengganu.

SRI Al Amin Dungun telah dimulakan dengan 24 pelajar serta 3 guru mulai sesi 2000. Dengan pengambilan pelajar bagi tahun keempat pada sesi 2003 bilangan pelajar telah bertambah kepada 86 orang dan dibimbing oleh 7 orang tenaga pengajar.

Bilangan Kakitangan (Tahun 2003)
Jawatan Jumlah
Tenaga Pengajar
- Lepasan Ijazah - 5
- Lepasan Diploma - 2
Kerani - 1
Pembantu Am - 1

FALSAFAH PENDIDIKAN

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insane rabbani, berilmu, dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al Qur’an dan Sunnah melalui system pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Membentuk dan melaksanakan satu system pendidikan yang bertunjangkan kepada Aqidah Islamiyyah yang melahirkan generasi akademis muttaqin yang beramal dan menghayati nilai-nilai Islam.

KURIKULUM

Kurikulum SRI Al Amin menggabungkan matapelajaran KBSR dan dinniyah. Kesepaduan ini penting untuk menghasilkan golongan terpelajar Islam yang dapat menangani kehidupan dengan efektif dan berhikmah.


Disamping pembelajaran didalam kelas, suasana penghayatan Islam diusahakan agar tercerna pada diri murid di dalam kehidupan harian. Ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti harian sekolah seperti membaca dan menghafal Al Qur’an, solat berjemaah, doa, pergaulan yang terkawal serta lain-lain bentuk tarbiyyah yang telah diajarkan oleh Baginda SAW.

KEWANGAN

Sumber kewangan SRI Al Amin Dungun ialah daripada pembayaran yuran murid dan sumbangan orang ramai.